Header Ads

Adi Putra Dan Isteri Pertama Selamat Bernikah Semula Di Mekah.




Alhamdulillah, Semalam pelakon terkenal Datuk Adi Putra baru sahaja selamat bernikah semula dengan bekas isterinya,Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof.

Berita baik tersebut dikongsikan oleh rakan baik pasangan itu,Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Namun,Nurul yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah memuatnaik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari Aida.Gambar itu turut beserta kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

"Salam Tahniah dari Madinah buat @adpadiputra & @aidayusof15 .. Proud of both of u ❤️ "Selamat Pengantin Baharu" ehhh.. lama.. Eh.. Baharu.. Ehhh.. " tulis Nurul Zahid.


Hampir keseluruhan komen oleh pengikut di laman sosial Nurul turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.

Bagaimanapun,kapsyen yang dikongsi Adi telah menarik perhatian netizen dan rata-rata bersyukur dengan pernikahan tersebut.Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006.

Namun,Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pada 20 jun 2016, Pelakon itu kemudiannya berpolihami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly,34. Bagaimanpun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.





FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.