Header Ads

Wanita Cuak Sangka Anak Kena Culik Oleh Pembantu Rumah, Tetapi Rupa-Rupanya....




Saban hari banyak kisah tentang pembantu rumah dilaporkan dalam media dan laman-laman media sosial. Kecurian barang rumah dan menculik anak majikan sudah banyak kita deganr. 

Namun begitu, ini bukanlah sebab utama untuk kita terus menuding jari tanpa menyelidik terlebih dahulu apa yang berlaku. 

Memetik laporan dari Malaysian Digest, seorang wanita telah mengesyaki bahawa pembantu rumahnya telah menculik anak-anaknya setelah kelibat mereka tidak dapat dilihat sekitar kawasan rumah. 


Wanita itu kemudian merampas telefon bimbit pembantu rumahnya kerana mempercayai telefon bimbit itu adalah barang curi.

Wanita berkenaan kemudia segera menghubungi pihak polis dan mencari sekitar kawasan pangsapui demi mencari anaknya dan saksi. 

Setelah gagal mencari dan anaknya masih tidak dijumpai, wanita itu menghubungi pihak media untuk menyiarkan berita kehilangan anaknya. 

Setelah berlarutan beberapa jam keadaan menjadi huru hara apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul bersama dua orang anaknya. 

Menerusi laporan tempatan, lelaki tesebut adalah bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang membawa mereka keluar bersiar-siar disamping membelikan mainan. 

Wanita itu kemudian enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai hal itu dan memberitahu media anak-anaknya selamat. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.