Header Ads

Untuk Barang Makeup Elfira Loy Sanggup Belanja RM10.000.



Lain orang lain obsesinya, seperti Elfira Loy kegilaannya tentang alat solek menyebabkan beliau berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkara itu dikongsi laman Youtube beliau, Twinkel TV.

Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam. Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora”

“Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la,” katanya menerusi video yang dimuat naik ke laman Youtube yang mendapat tontonan sehingga 190,000.

Menurut Elfira, beliau hanya menyedari jumlah keseluruhan produk alat solek ketika berada di kaunter setelah sejam membeli-belah. Terkejut tetapi Elfira terpaksa membayarnya kerana sudah berada di kaunter pembayaran.

Perkongsian Elfira mengenai kejadian itu seperti biasa menimbulkan pelbagai reaksi penonton. Apapun bagi wanita yanng memang sukakan alat solek, jumlah tersebut tidak pelik memandangkan sesetengah jenama mekap memang berharga tinggi. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.