Header Ads

"Tidak Merajuk, Malas Melayan Segala Kontroversi" - Fathia Latif Membawa Diri Ke Los Angeles?





Mahu mulakan tahun baru dengan semangat baru, Fathia memberitahu bakal berangkat ke Los Angeles pada awal Januari depan bagi merehatkan fikiran.Pasti tahun 2017 memberikan kesan yang agak mendalam bagi Fathia Latiff.

“Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku”

“Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup. Saya juga tidak menetapkan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air”

Namun,pemergiannya bukanlah kerana merajuk tetapi ingin lakukan apa yang diingininya selama ini.Fathia juga sentiasa berfikiran positif tentang segala kontroversi yang tercetus sepanjang tahun ini.

“Sekarang ini saya mahu melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kebetulan saya tidak mempunyai apa-apa komitmen buat masa terdekat ini yang menyebabkan saya boleh saja pergi bercuti selama mana saya mahu,” katanya kepada Harian Metro.




Sumber : Harian Metro

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.