Header Ads

"Tak Apalah Ibu, Biar Kakak Mati.." - Ibu Sayu Dengar Luahan Anaknya Yang Sakit Kronik Sejak Usia 2 Bulan




Ibu bapa mana yang tidak sayu melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan akhirnya terpaksa menderita dengan penyakit kronik sejak kecil lagi. 

Bagi seorang ibu, Nor Farizan Mokhtar itulah yang perlu dihadapi apabila anaknya Farah Natisya Hira Mohd Nizam menderita penyakit buah pinggang yang kronik. 

Tambah menyedihkan lagi, Farah Natisya sudah mula menerima kenyataan sehingga meminta supaya 'dilepaskan'. 

"Tak apalah ibu, biar kakak mati" kata Farah kepada ibunya. 

Menurut Harian Metro, anak ketiga dari lima beradik itu menderita penyakit tersebut sejak berusia 2 bulan.  Pada mulanya anaknya dilahirkan keadaan normal sehinggalah diserang sawan. 

Hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan terdapat cyst pada buah pinggangnya sehingga tulang Farah bengkok sedikit demi sedikit dan akhirnya dia tidak lagi boleh berjalan dan kini hanya terlantar. 

"Akibat penyakit itu, tulang kakak membengkok sedikit demi sedikit sehinggalah tahun lalu, dia tidak boleh lagi berjalan"

Jika dulu Farah masih boleh pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain, namun semenjak tidak boleh berjalan dia hanya mampu meneruskan pembelajaran di Sekolah Dalam Hospital di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). 


Walaupun masih kecil, hampir keseluruhan badan Farah pernah ditebuk bagi memasukkan tiub ke badannya selain mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu. 

Bagi pasangan Farizan dan suaminya, Mohd Nizam Razali membelanjakan hampir kesemua gaji mereka untuk membayar rawatan Farah yang mencecah RM2,000 sebulan. 

Disamping itu mereka turut menampung empat anak lagi yang masih bersekolah serta keperluan harian. Farizan cuma bekerja sebagai pembantu pra sekolah manakala Nizam pula bekerja sebagai pembantu perubatan terpaksa berhutang dan membuat pinjaman dari institusi kewangan demi melihat anak mereka sembuh semula. 

"Kami berusaha selama 13 tahun dan bertawakal serta berdoa kepada Allah. Kalau diikutkan saya sanggup lakukan apa saja demi kakak, tetapi jika Allah lebih sayangkannya, kami reda"

Namun pasangan ini tetap bersyukur kerana keluarga dan rakan banyak membantu mereka dan berharap ada pihak sudi tampil membantu meringankan kos perubatan untuk merawat penyakit anak mereka. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.