Header Ads

"Pergi Je Hospital Swasta Kalau Susah Sangat" - Netizen Kecam Lelaki Pertikai Tiada Doktor Perempuan Uruskan Isterinya




Setiap suami mahukan yang terbaik untuk isteri mereka tambahan pula jika si isteri sedang mengandung dan bakal bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata mereka di dunia. 

Namun, terdapat segelintir suami isteri yang kurang senang apabila proses bersalin diuruskan doktor lelaki. Seperti baru-baru ini, seorang lelaki telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook setelah ketiadaan doktor perempuan untuk menguruskan isterinya di Hospital Ampang. 


Lelaki itu cuba meminta perkhidmatan doktor perempuan dan hospital tersebut memberitahu bahawa doktor perempuan hanya ada pada waktu pejabat sahaja.

Hal itu telah membuatkan lelaki itu marah dan memilih untuk melepaskan rasa marahnya itu di media sosial. Malah dia turut memaki Pengarah Hospital Ampang dengan kata-kata kesat. 

Isu itu telah menarik perhatian Shahirah Nasir, seorang Medical Officer Obsterik dan Ginekologi yang meluahkan rasa kesal walaupun hal ini pernah diperjelaskan beberapa kali sebelum ini.



Doktor tersebut menjelaskan ramai doktor perempuan tidak mampu bertahan dan tekanan serta masa kerja yang panjang tanpa rehat berbanding doktor lelaki. Ini menyebabkan ramai doktor lelaki dalam bidang perubatan. 

Rata-rata netizen turut mengecam kenyataan lelaki ini dan berpendapat sekiranya lelaki itu mahukan doktor perempuan, maka lelaki itu boleh pergi ke hospital swasta dan menanggung kos yang mahal. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.