Header Ads

Peminat K-POP Berkumpul Di KL Kenang Mendiang Jong-Hyun




Dianggarkan kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati penyanyi kesayangan mereka Kim Jong-hyun yang mati pada 18 Disember lalu. 

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri. 


Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokalis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya. 


Mereka yang menyayangi Jong-hyun tidak hadir dengan tangan kosong sebaliknya membawa beberapa barang peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara memperingati itu berlangsung. 

Isnin lalu, Jong-hyun terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Cheongdam-Dong, Seoul. 

Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.