Header Ads

"Parents Kaya Boleh Lah" - Gadis Kongsi List Untuk Kahwin, Tapi Akhirnya Jadi Kecaman Netizen




Masuk sahaja bulan Disember selain musim cuti persekolahan, musim kahwin pun pasti akan banyak pasangan-pasangan yang sudah siap sedia untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. 

Dan viral di media sosial, seorang wanita telah memuat naik senarai semak perbelanjaan perkahwinannya bagi pihak lelaki dan perempuan. 

Namun apa yang menjadi perhatian netizen ialah senarai  tersebut yang panjang berjela. Rata-rata netizen menganggap ada banyak perkara yang tidak perlu dalam senarai tersebut. 




Malah segelintir netizen menyifatkan senarai yang dikongsi oleh wanita itu sangat mewah. Selain itu ada yang mengatakan banyak benda boleh dijimatkan dan duit lebihan tersebut boleh beli barang keperluan rumah selepas berkahwin. 

"Tak naklah bebankan bakal suami aku sebab nanti selepas kahwin banyak benda yang dia kena tanggung. Lagi-lagi dapat aku yang kuat makan ini," - XMLNXMHMMD

"Live updates tu mengarut, buang duit," - Zulhimi Omar

"Melayu punya list. Kalau Islam punya list, just pakai lima rukun nikah, settle," - Hidirnomuhi

"Kalau family aku memang tak buatlah camni. Kita ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau mampu, itu hak dia. Tapi kalau tak mampu, tapi berhutang dan menyusahkan diri dan parents, tak payalah. Jangan fikir seronok jangka masa singkat, biar fikir panjang sampai hari tua sikit.


"Ini cuma pendapat aku (dengan keadaan ekonomi sekarang better janganlah). Tapi kalau memang kayalah, setakat kenduri kahwin mewah ini celah gigi ikut dialah kan. Kalau setakat pakai kereta hutang, rumah sewa atau hutang yang sedia ada tak habis bayar lagi, jangan buat kerja tak berfeadah ini," - Zafirah

"I'm just going to hire a wedding planner and my wedding sekali sahaja. Tak ada sebelah lelaki atau perempuan. Just combine kedua-dua belah pihak in one event. Bukan kedekut tetapi aku tak nak bersanding dua kali. Di samping itu kira jimatlah juga kan," - Nina.

Walau apa pun, jika berkemampuan apa salahnya tapi yang lebih penting adalah kehidupan selepas berkahwin nanti. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.