Header Ads

"Orang Melayu Nak Niaga Pun Tak Nak Tolong...Bukan Aku Tak Bayar" - Tak Mahu Buat Testimoni Palsu, Wanita Ini Kena Marah Pula




Zaman sekarang ni, orang berlumba nak berniaga untuk menjana pendapatan. Tak kiralah produk apa sekalipun, mesti dipaparkan testimoninya dengan tujuan meraih kepercayaan dan menarik pelanggan baru.

Persoalannya di sini, betulkah semua testimoni yang dikongsikan tu?

Sekarang ni adalah zaman kita bermain dengan teknologi. Macam-macam boleh kita buat termasuk memalsukan testimoni. Tak percaya? Berlambak testimoni palsu di Facebook (FB), Instagram (IG) dan laman sosial lain.

Terbaru, seorang pengguna FB berkongsi gambar perbualannya dengan seorang peniaga sebuah produk. Wanita itu meminta khidmat Farah Zakiah untuk menyunting gambar bagi membuat testimoni palsu produknya.

Tak kuasa aku nak tolong!


"Orang Melayu nak meniaga pun tak nak tolong. Bukannya aku tak bayar!"

Eh, eh. Marah pula akak ni bila Farah tidak mahu terjebak, bersubahat membuat testimoni palsu untuk produknya.

Memanglah bayar kak oii, tapi tak kesian ke pada mereka yang lain apabila tertipu menggunakan produk awak tu? Itu belum lagi yang dapat kesan buruk akibat menggunakan produk akak.

"Aplikasi WhatsApp pun boleh buat testimoni palsu. Ramai pengasas produk kemam-kemam, terus putih...hisap-hisap, terus kurus...tepuk-tepuk, terus glowing. Mereka guna WhatsApp untuk buat testimoni palsu ni.

"Mak aii. Begini rupanya cara mereka berniaga. Ini dia contoh produk scam," netizen.


Amacam? Kepada anda yang suka sangat percaya dengan testimoni produk di luar tu, berjaga-jagalah ya. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi dah. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.