Header Ads

"Orang Malam Pertama Dengan Isteri, Bukan Dalam Lokap" - Pengantin Baru Bermalam Dalam Lokap Halang Tugas Polis




Setiap pasangan pengantin pastinya menantikan malam pertama yang indah. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya bagi satu pengantin perempuan ini apabila terpaksa berseorangan pada malam pertama kerana suaminya ditahan polis. 

Memetik laporan The Star, seorang pengantin lelaki ditahan polis dan terpaksa bermalam di lokap gara-gara menghalang polis daripada menahan rakannya di majlis perkawhinan mereka. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Jalan Putra, Alor Setar apabila majlis perkahwinan pasangan itu dihadiri oleh rakannya yang dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan jenayah. 

Pihak polis telah menyerbu majlis tersebut pada Ahad malam dan menangkap rakan pengantin tersebut namun dihalang oleh hampir 40 orang untuk memberi ruang kepada rakan mereka melarikan diri dari dikesan pihak polis. 

Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila pengantin lelaki yang berusia 35 tahun mencampak gelas air ke arah pihak polis sehingga mencederakan salah seorang anggota polis yang bertugas. 


Menurut Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin memberitahu kumpulan lelaki itu sengaja membuat kecoh untuk mengalih tumpuan pasukan polis dari menangkap rakan mereka. 

"Dalam kekecohan itu, lelaki yang dikehendaki polis berjaya meloloskan diri mengikut pintu belakang hotel"

Pengantin lelaki turut membuat kecoh apabila ditahan oleh pihak polis sehingga beberapa anggota polis lain turut membantu. 

"Ahli keluarga pengantin telah merakamkan kejadian tersebut dan kami percaya video rakaman tersebut akan viral di media sosial". 

"Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang atau cuba menghalang polis dari menjalankan tugas mereka akan terima padah" tegasnya lagi. 

Niat dan cara untuk melindungi pesalah jenayah ternyata salah di sisi undang-undang tambahan pula rakannya itu memang dikehendaki oleh pihak polis. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.