Header Ads

"Nak Cari Suami Elak Yang Dari Kelantan" - Luahan Gadis Ini Buat Netizen Tertanya Apa Salah Kelantan?




Kalau dah jodoh memang tak kenal dari negeri mana. Namun status seorang gadis ini telah mencetuskan kemarahan netizen. 

"Nak cari suami kena elakkan dua benda iaitu kaki MLM dan Kelantan."

Eh, amboi-amboi! Kenapa rasis sangat tu cik kak? Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tak baik melabel orang macam tu tau.

Baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter menarik perhatian pengguna apabila seorang wanita memuat naik sebuah status yang mencetuskan provokasi di kalangan netizen.



Menurutnya, kalau dulu wanita perlu mengelakkan kaki botol dan buaya darat, kini senarai itu dipanjangkan lagi.

Dia menasihati golongan Hawa untuk mengelak daripada 'terikat' dengan kaki MLM. Okey, mungkin poin itu boleh diterima.

Namun, status itu membuat orang ramai menjadi meluat apabila dia 'memetik' golongan lelaki dari Kelantan sebagai golongan yang perlu dielakkan dan tidak elok dijadikan sebagai suami.



Kot ia pun tak suka dengan orang Kelantan, janganlah mendorong orang lain untuk bersikap rasis begitu. Negeri kelahiran tak menjamin seseorang itu insan baik, begitu juga sebaliknya, okey? - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.