Header Ads

"Mula-Mula Saya Susah Nak Terima..Tapi Akhirnya" - Anak Hidap Penyakit Ganjil, Tindakan Suami Isteri Ini Sangat Menyentuh Hati




Anak merupakan satu anugerah tuhan yang tidak ternilai. Setiap pasangan yang berkahwin juga mahukan anak yang comel dan sempurna fizikalnya. 

Tetapi, semua hanya adalah ketentuan Ilahi dan ujian paling besar yang diterima oleh ibu bapa sekiranya anak yang dilahirkan menghidap penyakit yang jarang ditemui. 

Bagi seorang ibu ini, Rasmawati Rashid terkejut kerana 
sebaik dilahirkan badan anak sulungnya dipenuhi dengan parut dan kesan terbakar.

Bukan itu sahaja, anaknya juga dilahirkan dalam keadaan cacat penglihatan. Namun sebagai ibu bapa, mereka tetap menerima kehadiran cahaya mata mereka itu dengan penuh kesyukuran. 

Cahaya Imani, anak kepada pasangan Rasmawati dan suami, Adam Hassan yang kini berusia 5 tahun difahamkan menghidapi penyakit Goltz Syndrome. 


Penyakit yang dihidapi Cahaya Imani ini mungkin satu-satunya di negara kita merupakan sejenis penyakit genetik yang jarang ditemui. 

Menurut Rasmawati, sepanjang mengandungkan Imani dia tidak mengalami sebarang kejadian yang pelik. 

"Saya cuma ada alahan yang teruk sehingga dimasukkan ke wad kecemasan. Saya juga alami gastrik yang teruk sehingga muntah darah."

"Tapi semuanya okay selepas usia kandungan masuk tiga bulan. Bila buat scan pun semuanya normal."


Ketika dilahirkan, dia tidak perasan bahawa anaknya cacat penglihatan sehinggalah jururawat datang dan menerangkan keadaan bayinya. 

"Masa itu saya tak rasa apa-apa bila nurse bagitahu Imani tak ada mata dan badan ada kesan terbakar. Tapi suami tenangkan saya barulah sedih itu datang."

"Susah nak terima awal-awal tetapi suami tak pernah berhenti bagi semangat. Akhirnya saya dapat terima dengan hati yang terbuka. Goltz Syndrome adalah penyakit genetik dan bukan keturunan." kata Rasmawati lagi. 

"Anak saya juga mengalami masalah pendengaran pada teling kiri dan boleh dengar cuma 50% saja sebab dekat belakang gegendang telinganya ada air"


Selain itu, Imani juga dilahirkan dengan jantungnya mempunyai tiga lubang tetapi imbasan terbaru yang dibuat kini hanya tinggal satu lubang sahaja. Setakat ini, Imani telah menjalani tiga kali pembedahan pada bahagian mata. 

Rasmawati turut mengakui tidak sukar untuk menjaga Imani seperti yang disangkakan pada awalnya namun anaknya itu agak sensitif kepada haba panas. 

Biarpun ada mata yang memandang jika membawa anaknya itu keluar berjalan-jalan, mereka menganggap perkara itu adalah normal dan hanya memfokuskan tumbesaran anaknya itu. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.