Header Ads

Muat Naik Gambar Throwback, Netizen Terkejut Beruk Anggap Fathia Dah Tak Bertudung




Tak habis-habis Fathia Latiff menimbulkan kontroversi. Dari isunya yang menari separuh bogel di Bigolive, sampailah kelantangannya menyuarakan pandangan di Twitter.

Macam seronok pula dia dikecam, bagai tak serik. Mungkin ini satu strategi untuk menaikkan semula nama dan populariti dalam industri hiburan tanah air?

Buktinya baru-baru ini Fathia ada memuat naik gambar di Instagram bersama seorang model yang dikenali sebagai Tengku Farizan.



Terkejut 'beruk' pengikutnya sebab menyangka Fathia sudah membuka hijabnya! Mana taknya, dia hanya memakai topi dan rambutnya juga diwarnakan. 

Namun menurut kapsyen, gambar tersebut adalah gambar 'throwback'. Apa lagi, teruklah Fathia dikecam. Ada yang menggelarnya sebagai, "The Next uqasha Senrose"!

Ramai yang pelik dan menyatakan kenapa dia terdesak memilih gambar yang tidak berhijab. Ada juga yang berdoa agar aktres ini terus istiqamah dan benar-benar berubah menuju keredaan Tuhan.


Lepas ini apa agaknya isu lain yang akan ditimbulkan oleh Fathia Latiff? Harap-haraplah pandai berfikir sebelum membuat apa-apa tindakan dan keputusan ya? 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.