Header Ads

Mengejutkan! Ini Punca Sebenar Kamal Adli Mahu Elak Kontroversi Dari Emma Maembong.




Pelakon, Kamal Adli, memasang azam untuk menghindarkan diri daripada sebarang cerita negatif, sempena kedatangan 2018, selepas sering dipalit kontroversi tahun ini.

Selain itu, bintang Duda Pujaan Dara berusia 31 tahun ini juga berazam untuk menggapai beberapa impian lain termasuk menggenggam trofi pelakon terbaik, memajukan perniagaan dan menamatkan zaman bujang.

"Saya rasa, cukup-cukuplah dengan kisah kontroversi. Biarlah saya lebih maju dalam perkara lain, termasuk perkara berkaitan seni dan perniagaan. Dari segi peribadi pun, saya hendak ke depan.

"Selepas memenangi kategori Pelakon Lelaki Prolifik pada Anugerah Telenovela 2017, baru-baru ini, memang saya mengidamkan pula trofi pelakon terbaik.

"Sementara itu, dalam bab perkahwinan, memang sejak enam tahun lalu saya sudah bercakap mengenainya. Cuma, nampaknya jodoh yang belum sampai," kata Kamal yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon jelita, Emma Maembong, 25.

Bercerita mengenai dunia perniagaan, pelakon yang turut dikenali sebagai pengacara ini menyatakan, beliau tidak mahu ketinggalan dalam bidang berkenaan yang nyata bukan lagi asing dalam kalangan selebriti tempatan.

"Saya juga ada menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi, bagi membuka kilang sendiri untuk produk keluaran usahawan kita, sejak pertengahan tahun ini. Kami menamakan syarikat bersama itu sebagai AK Herbs.

"Selain itu, saya juga akan berhabis-habisan mempromosikan produk jus kurus dipanggil Qurus, minyak wangi dan sabun pembersih daki," katanya bersemangat.

Sumber : Berita Harian.

FACEBOOK HERBAL RIMBA



No comments

Powered by Blogger.