Header Ads

"Macai HEP" - Kereta YDP Perwakilan Pelajar UUM Diconteng Dan Disimbah Cat




Alangkah sakitnya hati kalau kereta diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Inilah yang terjadi kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila mendapati Perodua Myvi putihnya 'dikerjakan' individu tidak bertanggungjawab, semalam.

Harian Metro melaporkan, Muhammad Luqman Jamalil-Idrus, 22, menyedari keretanya disimbah cat merah dan diconteng dengan perkataan 'macai' ketika hendak ke kelas pada jam 9.30 pagi.

Dia terkejut apabila mendapati keadaan keretanya itu yang diletakkan di tempat letak kereta di kolej kediaman UUM.


Menurut Luqman, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak pernah berhutang along. Jadi, dia tidak tahu siapa yang tidak berpuas hati dengannya.

“Kejadian itu mengejutkan saya kerana ia berlaku di kawasan kediaman universiti ini dan saya tak berani tuduh sesiapa selain tak tahu punca mengapa saya menjadi mangsa.

“Sebelum ini ada mempunyai urusan di luar selama empat hari tetapi tidak berlaku pula kejadian seperti ini dan ia terjadi ketika saya berada di kampus,” katanya kepada Harian Metro.

Penuntut tahun ketiga Sarjana Muda Pengurusan Awam itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tengah hari, semalam kerana bimbangkan keselamatan dirinya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.