Header Ads

Lubang Pembinaan "Makan" Penunggang Motosikal Di Padang Merdeka




Sebuah lubang pembinaan 'memakan' nyawa penunggang motosikal di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam, lapor Utusan Online.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, motosikal ditunggang Dina Dzulkarnain Asan, 28, hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lubang yang masih dalam pembinaan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.


Kejadian itu tidak melibatkan pelanggaran dengan kenderaan lain, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Bingkok John.

“Kami menemukan kesan calar pada permukaan jalan menunjukkan motosikalnya terjatuh lalu terseret sebelum terhumban ke dalam lubang.


“Mangsa ditemukan di bawah motosikal dengan kepalanya terendam di dalam air,” katanya. Difahamkan, tanda amaran pembaikan jalan diletakkan terlalu dekat dengan lubang pembinaan itu.

“Perkara ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.