Header Ads

Luar Biasa, 'Remake' Lagu 'Abang Nak Tegur' Raih Populariti Berganda!




Baru-baru ini jutawan kosmetik DS Aliff Syukri melancarkan single terbarunya, Abang Nak Tegur yang sehingga kini telah mendapat tontonan sebanyak 3.1 juta. 

Bagaimanapun ramai yang tidak suka dengan lagu tersebut sehingga mendapat ‘dislike’ sebanyak 302 000 berbanding like iaitu sebanyak  40 000. Lagu tersebut adalah terbitan KRU Music gandingan suara DS Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Peminat membanjiri laman Youtube dan mengatakan isi hati mereka yang mahukan ‘remake’ gandingan Aliff dan isterinya.  Setelah ‘merayu’ kepada isterinya Datin Nur Shahida, akhirnya lagu Abang Nak Tegur versi 2.0 dilancarkan pada 12 Disember. Video ini mendapat sambutan hangat dari ramai penonton. 


Sehingga kini video tersebut telah ‘trending’ nombor satu di carta Youtube Malaysia dan mendapat like yang lebih banyak berbanding 'dislike' iaitu 143 000 'like'. Wow! 

Nampaknya percaturan DS Aliff Syukri menjadi kali ini. Ramai penonton menyukai gelagat mereka suami isteri dalam klip video tersebut dan merasakan suara feminin isterinya lebih sesuai diadunkan di dalam lagu tersebut berbanding Nur Sajat.

Banyak komen memuji-muji lagu dan lakonan kemesraan mereka. Penonton juga percaya lagu ini mempunyai banyak nasihat berguna kepada pasangan bercinta.


Mereka menyifatkan duet suami isteri jutawan ini lebih baik daripada versi asal lagu ini. Walau apapun tahniah pada DS Aliff Syukri dan isterinya. 

Selepas merintih melihat klip video terdahulu mempunyai banyak ‘dislike’ kini dia boleh menarik nafas lega. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.