Header Ads

"Lagi Sedap Dari Aiman Tino" - Lagu Permata Cinta Nyanyian Lelaki Ini Buat Netizen Terpukau




Tuah memuat naik video menyanyi secara live di Facebook, seorang lelaki kurang upaya (OKU) terus menjadi popular kerana berjaya menarik perhatian netizen di media sosial!

Kata mereka suaranya lunak. Kalau tak tengok, memang boleh tersalah sangka dengan suara penyanyi Aiman Tino! 

Menurut tuan punya badan, Zulfahmie Hashim 24 tahun yang bekerja sebagai operator kanan sebuah kilang elektronik, dia tidak menyangka videonya menyanyikan lagu Permata Cinta, dendangan asal Aiman Tino itu tular di Facebook.

"Niat asalnya hanyalah suka-suka saja. Saya buat live di FB saya dan simpan untuk buat kenangan, tetapi tak sangka kawan dalam FB kongsi video ini sehingga tular. Memang di luar dugaan saya."


Pemuda yang berasal dari Dungun, Terengganu ini mengalami kelainan pada bahunya kerana tulang bahu bersambung dengan tulang belakang tengkuk menyebabkan tangan kirinya tidak boleh diangkat terlalu tinggi.

Setakat ini video tersebut sudah mendapat ratusan ribu views dan share oleh pengguna laman sosial. Bahkan, ramai yang berpendapat suaranya lagi sedap dari penyanyi asal Aiman Tino.

Ada juga yang menggesa syarikat rakaman mengambilnya sebagai artis kerana keunikan suara yang dimiliki.


Walaupun begitu, sesetengah netizen berpendapat yang lelaki ini tak mampu pergi jauh kerana rata-rata industri hiburan di Malaysia hanya memandang rupa paras.

Nasihat dari Zulfahmi untuk rakan-rakan di luar sana ialah untuk tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang untuk maju ke depan. Malah sentiasa berfikiran positif dan kuatkan hati walaupun ditimpa musibah.




FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.