Header Ads

"Jangan Tak Merasa Malam Pertama Sudah La" - Aksi Pengantin Perempuan Ini Buat Tetamu Tercengang Di Hari Perkahwinan




Bagi pengantin yang melangsungkan perkahwinan mereka sudah pasti inginkan satu kenangan yang indah di majlis mereka. 

Namun begitu, berbeza pula bagi pasangan pengantin ini  yang mahu tampil berbeza dengan membuat persembahan lain dari yang lain malah ianya boleh dianggap berbahaya di majlis perkahwinan mereka sendiri. 

Bagi pengantin perempuan, Noros Emieza Mustaffa mengambil risiko dengan membuat persembahan menggunakan ular tedung di majlis persandingan mereka. 

Noros membuat keputusan tersebut untuk memberi kejutan  kepada para jemputan yang hadir bagi menghiburkan mereka. 


Noros menggunakan ular tedung seberat 5KG milik abang iparnya selama 90 minit di kediaman keluarga di Batu Mengkebang. 

Walaupun segelintir tetamu terkejut melihat kelibat ular tedung yang besar di kenduri itu, mereka tetap terhibur menyaksikan keberanian Noros membuat persembahan ular dengan lengkap berbaju pengantin. 

Malah mereka juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama pengantin dan ular tedung! 

Menurut Noros, dia sudah mula berjinak dengan haiwan tersebut sejak lapan tahun lalu dan tidak membuat sebarang persiapan untuk bermain ular kerana ianya dibuat pada saat-saat akhir. 

"Saya tak buat latihan pun kerana kesuntukan masa. Walaupun ular tersebut agak agresif kerana abang ipar baru bawa ke sini, tetapi persembahan saya tetap lancar," kata Noros yang pernah cedera dipatuk ular. 


"Saya cuba buktikan kemampuan bermain ular di depan jemputan yang hadir. Syukur mereka terhibur. Suami juga kagum dengan kebolehan dan aksi saya." 

Melihatkan aksi berani Noros yang bermain ular, ramai netizen melahirkan rasa bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada pengantin tersebut. 

"Kalau mati gigit jari la laki kau"

"Kalau tak bernasib baik, kenduri kahwin boleh jadi kenduri arwah"

"Jangan tak merasa malam pertama sudah la" kata segelintir netizen selepas melihat aksi pengantin baru tersebut. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.