Header Ads

"Jangan Popularkan Orang Yang Mainkan Agama Dan Tukar Jantina" - Kakak Aliff Syukri Tegur Netizen.




Baru-baru ini ada terlihat satu perkongsian daripada kakak kepada pengasas kosmetik terkenal,Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati atau dikenali dengan nama Yatie menerusi akaun instagramnya. Yatie meminta netizen untuk berhenti mempopularkan orang yang memainkan agama serta menukar jatina.

Mengakui cukup sukar untuk meluahkan perkara tersebut, kakak kepada jutawan kosmetik ALiff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman dalam masa yang sama turut meluahkan perasaannya mengenai situasi jelas sedang menjadi perhatian ketika ini.

“Berat nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik tapi kita sebagai netizen kena stop share dan glamourkan mereka yang terang-terang memainkan agama dan tukar jantina ini”

“Kita lagi menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral. Itu yang mereka nak. Sekaligus ramai anak-anak mudah dan remaja yang tengah mencari identiti akan terikut. Mudahan dijauhkan dari keturunan kita begitu,” tulisnya di Instagram.


Malahan,Hayati turut memohon maaf sekiranya apa yang diluahkannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak selain menambah tidak mustahil bahawa mereka yang golongan yang dimaksudkannya itu akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.

Rata-rata pengikut Yatie di instagram juga turut bersetuju dengan pendapat kakak kepada Aliff Syukri ini.




 -www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.