Header Ads

Isu Peminat Ajak Syafie Naswip Selfie Di kubur Hanya Sekadar Teguran Sahaja.



Baru-baru ini terdapat isu dua orang remaja menjadi viral dan menerima pelbagai cemuhan dan kecaman kerana dikatakan tidak menghormati situasi sedih di tanah perkuburan.

Sebagai manusia kita juga seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan memahami situasi keadaan.Terbaru ini juga ada kelihatan satu Tweet pelakon popular,Syafie Naswip di Tweetnya yang menulis ada peminat mahu meminta autograph dan selfie bersamanya ketika majlis pengkebumian ayah angkat tercinta.

Menurutnya di MH sebagai manusia harus lebih peka dengan situasi kerana perbuatan berselfie atau menangkap gambar di tanah perkuburan dilihat tidak sesuai dan tidak manis untuk dilakukan dikala orang lain semua sedang bersedih.

Dalam pada itu sempat juga MH bertanyakan tentang posting Syafie di Instagram yang berkongsi berita sedih,bapanya meninggal dunia sehinggakan ada yang keliru dan menyangka itu adalah bapa kandunganya.



Pelakon utama dalam filem Mukhsin ini juga berkata,kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang bersama arwah adalah pada bulan lepas di mana kali terakhir dia berjumpa dengan arwah bapa angkatnya.



Apapun sebagai seorang pelakon tidak dapat dinafikan,Syafie memang seorang pelakon yang bagus dan tidak pernah mempunyai sebarang kontroversi yang mencalarkan namanya di dalam industri dan pelakon sepertinya harus dijadikan contoh.




FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.