Header Ads

Ini Punca Sebenar Kenapa Budak Intern 'Perang' Dengan Bos Sampai Ke Twitter




Christy Ng, seorang pereka kasut tempatan yang tak asing lagi didengar. Ramai sudah artis Malaysia yang menggunakan rekaannya di hari perkahwinan mereka.

Bila semakin terkenal pemintaan kasut semakin banyak, pekerja yang diperlukan semakin ramai. Tiba tiba timbul pula isu tentang Christy Ng buli pelajar latihan industri?

Viral di Twitter bila seorang wanita yang dikenali sebagai AzlinNurAin berkata dia dibuli untuk mengangkat kotak, rehat yang tidak menentu dan disuruh menjadi jurujual. 

Kata Azlin, dia bersetuju menerima 'internship' di situ kerana semua syarat yang diberikan sebelum ini adalah berlainan dengan apa yang sebenarnya dilalui. Dia juga diberhentikan tanpa sebab yang kukuh dan tidak diberikan gaji.


Christy Ng akhirnya mengeluarkan kenyataan tentang sebab-sebab Azlin diberhentikan dan salah satunya adalah dia gagal mengemukakan sijil cuti sakit yang sah dan selalu lewat datang kerja.


Rata-rata ramai yang berpihak kepada Azlin kerana mendakwa cara Christy Ng memberi mesej di WhatsApp menunjukkan dia seorang yang tidak profesional serta tersalah mendedahkan kad pengenalan Azlin semasa memberi kenyataan.

Christy Ng juga berisiko dituduh di bawah akta PDPA menyebarkan IC atau maklumat sulit. Bila dah jadi begini susah nak tentukan siapa betul siapa salah. Di harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.