Header Ads

Ibu Resah Anak Gadis 16 Tahun Hilang Dilarikan Lelaki Menyamar Anggota Polis




Tular di aplikasi WhatsApp hari ini mengenai kehilangan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai dilarikan seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub.

Beberapa rakaman audio yang disebarkan memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi semalam selepas suspek dikatakan meminta pertolongan daripada mangsa untuk mengambil motosikal yang baru dibeli lelaki itu.

Difahamkan, mangsa terus tidak pulang ke rumah dan kali terakhir mangsa menghubungi keluarganya adalah sekitar jam 3 petang semalam, memberitahu yang dia berada di Gua Musang, Kelantan.

Memetik Harian Metro hari ini, ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata sebelum kejadian Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar membeli buku adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali, menaiki motosikal kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka pada 11 pagi, Rabu.


Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Nur Syaminn yang singgah membeli pisang goreng di sebuah gerai berjumpa dengan lelaki tersebut yang meminta pertolongan sebelum mangsa membawa lelaki itu ke rumahnya.

“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

“Katanya dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikut lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak," katanya.

Wanita itu menerima panggilan telefon daripada anaknya kira-kira jam 3 petang mengatakan berada di Gua Musang.

Katanya, anaknya menangis memberitahu bahawa gelang emas dipakainya diambil lelaki tersebut sebelum talian diputuskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan dibuat ibu mangsa pada jam 4 petang semalam, lapor akhbar itu. Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.