Header Ads

Hanya Kerana 'Video Game', Isteri Kena Cerai Dan Di Halau Dari Rumah




Permainan video merupakan salah satu masalah di antara pasangan sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum. Pasti ada yang boleh memahami keadaan ini jika suami atau teman lelaki mereka yang 'kaki game.'

Namun, bagi seorang lelaki ketagihan bermain video sampai kemuncak apabila bertindak menceraikan isterinya dan mengusir isteri keluar dari rumah hanya kerana permainan video. 

Memetik portal Oriental Daily, lelaki berusia 25 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu berkahwin dengan isterinya, seorang warga China. Masalah bermula apabila sejak dua tahun lalu, lelaki itu mula ketagih dengan permainan video popular 'King of Glory' dan 'Arena of Valor'.

Pada mulanya dia menerima tabiat lelaki tersebut malah dia juga turut bermain video tersebut untuk menemani suaminya. Namun, suaminya menegur cara permainan isterinya tidak bagus dan membuat keputusan untuk keluar bermain bersama rakan-rakannya. 


Wanita itu memberitahu suaminya sering bermain video dengan rakannya sehingga sering pulang lewat malam. Dia turut cuba untuk meminta suaminya supaya berhenti bermain dan meluangkan masa bersamanya dan anak mereka tetapi tidak berjaya. 

"Tak kira apa yang saya buat atau cakapa, dia tak mahu mendengar dan asyik bermain King of Glory sehingga mengabaikan kami" luah wanita tersebut. 

Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, ketika suaminya  tengah tidur, wanita itu telah 'menjual' segala pencapaian permainan sehinnga terpaksa bermula dari awal. 

Selepas menyedari tindakan isterinya itu, suami wanita  itu bertindak memarahi dan mengusir isterinya keluar. Lelaki itu turut menceraikan dan menghina isterinya atas tindakan wanita tersebut. 

"Saya tidak menaruh sebarang harapan dia akan berubah. Saya datang dari China untuk mengahwininya tetapi dia tidak menghargai saya dan anak kami. Sekarang, saya cuma mahu hak penjagaan anak kami dan pulang ke China" luah wanita itu. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.