Header Ads

Hanya Kerana Najis Anjing, Warga Emas Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran




Lelaki warga emas yang menghidap penyakit jantung dan darah tinggi maut selepas terbabit pergelutan kecil dengan jirannya di Taman Pekan Baru, Parit Buntar, awal pagi semalam, lapor BH Online.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa, Shee Hun Kong, 68, yang terbaring di sisi anjingnya pada jam 1.33 pagi.

Berdasarkan laporan dan siasatan awal, ketika kejadian mangsa bertengkar dengan lelaki berusia 52 tahun itu pada jam 12.30 tengah malam selepas lelaki berkenaan berang apabila mendapati anjing mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.


"Susulan pertengkaran itu, suspek menampar dan mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.

"Mangsa kemudian dikatakan rebah dan terbaring di hadapan rumah berkenaan dan dibiarkan di lokasi kejadian sebelum ditemui seorang penduduk," katanya. Susulan itu, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan saluran darah jantung. Selain itu terdapat luka kecil di kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai akibat terjatuh."

"Suspek kini direman empat hari bermula hari ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan," katanya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.