Header Ads

Gambar Rakan Bertukar Jadi Hitam, Rupa-Rupanya Bukan Sebab "Lighting"




Ada pepatah orang lama kalau bergembira tu berpada-pada takut nanti akan bersedih. Tapi dalam kes ini mungkin agak menyeramkan. 

Viral di media sosial apabila seorang gadis memuat naik foto bersama rakan-rakannya dalam satu majlis sambutan hari jadi. 

Apa yang menarik perhatian ialah gadis tersebut mendakwa wajah salah seorang rakannya bertukar menjadi hitam. Mungkin ianya faktor 'lighting' malah ada yang cakap unsur mistik.


Menurut gadis tersebut @TashaRahman17 pada mulanya mereka tidak perasan muka rakannya itu berubah namun selepas menerima mesej di grup Whatsapp barulah mereka menyedari perubahan wajah rakan mereka itu. 

Malah rakan gadis tersebut juga berasa hairan mengapa wajah di dalam gambar berkenaan tidak menyerupainya malah dia turut mengakui seperti wajah orang lain. 



Reaksi netizen juga turut berbeza namun ramai yang menganggap ianya adalah faktor pencahayaan yang tidak tepat. 

Namun, ada juga yang mengatakan mengapa hanya wajah sahaja berubah hitam sedangkan tangan wanita tersebut tidak terjejas. 

Penjelasan terbaik adalah ianya mungkin make up gadis tersebut berdasarkan selimpang 'Best Make Up' yang dipakainya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.