Header Ads

Gadis Dicabul Dalam Tren LRT Ke Masjid Jamek, Tindakan Orang Awam Selepas Itu Sangat Mengecewakan




Kes jenayah rogol dan cabul yang berlaku terhadap gadis atau wanita nampaknya seperti tidak ada henti. Saban hari ada sahaja kita dengar di media sosial kes cabul yang berlaku. 

Malah apa yang lebih menyedihkan ialah sikap orang ramai yang memilih untuk menjadi penonton dan berdiam diri daripada tampil untuk membantu mangsa. 

Terbaru, seorang gadis remaja perempuan dilaporkan telah dicabul ketika berada di dalam LRT. Memetik laporan Mstar Online, gadis tersebut dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Masjid Jamek. 

Ketika di dalam tren, dia telah diganggu oleh seseorang lelaki miang yang bertindak mengeluarkan kemaluannya dan menggosok alat sulitnya kebahagian belakang gadis tersebut. 


Gadis itu kemudian menjeri meminta tolong dari orang ramai namun sebaliknya berlaku apabila orang awam hanya mendiamkan diri malah lebih teruk lagi mereka hanya ketawa dan memandang sinis. 

Tambah gadis itu, pekerja Rapid KL yang berada di situ langsung tidak menghulurkan bantuan. Malah mereka membiarkan suspek terlepas walaupun sudah diberitahu secara terperinci fizikal lelaki miang tersebut. 

Rakan gadis tersebut kemudian berkongsi kisah tersebut di laman Twitter untuk mendapatkan respon pihak Rapid KL. Namun, dia telah diancam kerana memberitahu perkara yang tidak benar. 


Mangsa turut meminta rakaman CCTV tetapi pihak Rapid KL enggan memberikannya walaupun telah membuat laporan  polis. 

Namun, pihak Rapid KL keesokannya mengeluarkan kenyataan bahawa suspek telah ditangkap dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. 

Tetapi, rupa-rupanya suspek yang ditangkap adalah suspek dalam kes cabul dalam kejadian yang berasingan dan bukanlah lelaki yang mencabul mangsa. 


Terbaru, pihak Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan dimana rakaman CCTV diserahkan kepada pihak PDRM dan berharap pihak polis berjaya memberkas lelaki tersebut. 

Rata-rata netizen turut naik angin dengan sikap sambil lewa Rapid KL dalam menyelesaikan kes tersebut sedangkan kes tersebut melibatkan keselamatan dan maruah golongan wanita. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.