Header Ads

"Esok Saya Akan Jelaskan" - Ini Respon Bapa Murid Kes Cikgu Azizan Selepas Teruk Dikecam Orang Ramai




Sejak kecoh di media sosial kes Cikgu Azizan ramai yang ingin tahu siapakah punca yang menyebabkan Cikgu Azizan didakwa di mahkamah. 

Memetik laporan dari Harian Metro, bapa kepada murid berkenaan kini menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak selepas kes tersebut menjadi viral di media sosial beberapa hari ini. 

"Saya belum bersedia, kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan. Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenarnya yang berlaku, esok,"

Namun lelaki berusia 50 tahun itu enggan ditemubual lebih lanjut. Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa  dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak turut meminta orang ramai supaya berhenti dari menghakimi murid terbabit serta keluarga mereka. 


"Bapa murid berkenaan membuat laporan polis kerana diminta oleh pihak hospital selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan selepas kejadian.

"Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.

Cikgu Azizan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak didakwa sengaja menyebabkan kecederaan pada ppi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun yang dilakukan di hadapan tapak perhimpunan sekolah berkenaan pada jam 7 pagi, 6 April lalu. 

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.