Header Ads

Empat Beranak Merempat Di Koridor Flat Selepas Diusir Keluar Gagal Bayar Sewa




Tempat tinggal atau rumah mungkin merupakan satu tempat dimana kita berasa selamat dan selesa. Namun bagi sebuah keluarga mereka telah dihalau keluar pada malam Krismas yang lalu. 

Gagal melunaskan bayaran sewa rumah tiga bulan berjumlah RM900, empat sekeluarga terpaksa tinggal di koridor sebuah pangsapuri kos rendah. Mereka tidur beralaskan tilam nipis bersebelahan lif Pangsapuri Rifle Range di Air Hitam.

Barang kepunyaan keluarga ini pula disusun di sepanjang koridor, yang berdekatan dengan pelongsor kebuk sampah berbau busuk.

Namun bagi Looi Say Chye, 52, dan isteri warga Indonesianya bernama Umi, 43, ianya sudah cukup baik berbanding tidak berbumbungkan apa-apa.

Menurut laporan berita tempatan, dua anaknya berusia 8 dan 6 tahun masih mampu bergelak ketawa, tidak memahami lagi kesusahan ibu bapa mereka.


“Kadang-kadang ada angin,” kata Ah Boy, anak bongsu Looi, apabila ditanya adakah dia suka tidur di situ.

Looi telah dipecat manakala isterinya pula hanya berkerja sebagai tukang cuci pinggan, diupah dari RM5 hingga RM10.

Anak-anak mereka tidak mempunyai kerakyatan memandangkan pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan kerana perbezaan agama.

Sejak diusir, mereka hanya menggunakan tandas awam di Pasar Rifle Range di tingkat bawah untuk membersihkan diri.

Bagi yang mahu membantu Looi sekeluarga, boleh menghubungi pegawai pusat khidmat Adun Kebun Bunga Loh Eng Kim di talian 04-826 5451 atau 012-488 6970. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.