Header Ads

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Suami Perlu Larang Isteri Mengandung Dari Makan Telur Separuh Masak




Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung sudah pasti akan menjaga pemakanan supaya anak yang dikandung sihat dan untuk mengelakkan risiko keguguran. 

Oleh itu, nasihat dari Doktor Taufiq Razif ini hendaklah dibaca oleh para suami dan juga ibu-ibu mengandung untuk mengelakkan dari makan telur separuh masak kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada ibu mengandung. 

Saya terlupa yang isteri saya mengandung. Boleh pula saya bagi isteri saya makan nasi goreng, extra telur mata goyang ini. Mujur bidadari saya ini doktor dan dia tahu yang orang mengandung kena elakkan telur separuh masak begini. 

Tepuk dahi!


Saya terlupa yang di dalam telur separuh masak begini ada kemungkinan besar bakteria Salmonella masih hidup. Untuk orang normal seperti kita ini mungkin selamat nak makan. Tetapi untuk orang mengandung, memang bahaya. 

Orang mengandung ini, sistem keimunan tubuh badannya tidak sama seperti kita. Sistem keimunan mereka sangat lemah. Kalau terkena penyakit Salmonella Enteritis pun, 80% orang mengandung boleh keguguran. 

Ye, orang mengandung memang sangat sensitif tubuh badan dan jiwanya. Itulah kenapa mereka perlu sangat suami yang tahu ilmu kekeluargaan kerana suamilah bertanggungjawab menjaga dan melindunginya. 

p/s: Nanti sekali sekala saya selitkan juga ilmu kekeluargaan dalam Telegram Perenting saya ye. Muat naik aplikasi Telegram di Google Play atau App Store dan kemudian klik sini, t.me/NotaTaufiqRazif


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.