Header Ads

Dikecam Netizen Tidak Berpantang, Ini Penjelasan Mia Ahmad Berpantang Selama 20 Hari Selepas Keguguran.




Impian aktres Mia Ahmad memiliki cahaya mata pertama selepas berkahwin dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi tidak kesampaian apabila disahkan keguguran.

Bagaimanapun, Mia, 29, yang kini sedang bercuti di London belum bersedia untuk berkongsi berita sedih tersebut kepada umum.

“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mia diminta mengulas tentang beberapa foto dan kata-kata sedih yang dimuat naik di laman sosial.Selain itu, salah satu foto suaminya mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia tidak dapat menolak qada dan qadar Allah

Malah, dia turut muat naik sebuah video yang memberitahu produk kesihatan yang diambilnya itu bukan sahaja bagus kepada wanita lepas bersalin tetapi juga untuk individu yang mengalami keguguran sepertinya.

“Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas,” ujarnya.

Pada awalnya dia tidak pasti sama ada harus berpantang ataupun tidak kerana ini merupakan pengalaman pertama hamil walaupun sekejap sahaja.

“Tapi bila tanya orang itu orang ini dan tanya mak, semuanya suruh berpantang, jadi saya pun berpantanglah 20 hari seperti yang disarankan.



“Cuma saya tak adalah tunjuk beritahu semua orang yang saya ketika itu sedang berpantang,” katanya kepada Sinar Harian.

Semoga Mia dan suami dimurahkan rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Mia.


Sumber : Mstar Online

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.