Header Ads

Diana Danielle Naik Angin Netizen Tuduh Tidak Letak Anak Dalam Carseat.




Jika korang mengikuti perkembangan artis kegemaran di laman sosial, korang boleh lihat ramai yang mengambil peluang menghabiskan cuti hujung tahun ini bersama keluarga masing-masing. Ada yang bercuti ke luar negara dan ada juga di dalam negara sahaja. Bagi pasangan serasi Diana Danielle dan Farid Kamil, mereka sekeluarga nampaknya seronok bermandi manda di sebuah sungai di Perak.

Gambar yang dimuatnaik Diana Danielle ini mendapat respon negatif daripada beberapa orang individu apabila mereka mendakwa Diana seolah-olah mengabaikan aspek keselamatan anak dengan tidak meletakkan mereka di dalam carseat. Mungkin kerana perkataan yang tidak sesuai digunakan, Diana telah membalas komen negatif tersebut sehingga mencetuskan perbalahan.

Di komen lain, ramai yang menasihati Diana supaya mengabaikan komen negatif dan ‘block’ sahaja orang yang seperti itu. Yelah siapa yang tak sakit hati jika secara tiba-tiba buat tuduhan melulu.




Sumber : Instagram Diana Danielle.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.