Header Ads

Dato' Seri Aliff Syukri Luah Rasa Kesal Beg Kena Rembat Ketika Di Sepanyol Kerugian Hampir RM120K




Jutawan kosmetik Dato' Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesalnya apabila beg sandangnya telah dicuri semasa menjalani latihan muzik video 'Abang Nak Tegur'  di Sepanyol. 

Beliau memuat naik status tersebut menerusi laman akaun Instagramnya yang mendedahkan bahawa dia kehilangan jam tangan jenis Cartier bernilai lebih RM100,000 selain wang tunai hampir RM20,000 beserta kad kredit dan kad pengenalan. 


"Jangan salah tafsir tentang report yang saya post sebelum ini. Saya tak nak terangkan di sana sebab saya tengah bad mood.

"Hari ini saya terangkan perkara sebenarnya. Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya berada di Spain. 

"Mamat dalam bulatan ini rembat beg sandang Solvatore Faragamo saya semasa saya tengah leka training. So lesaplah cash yang saya bawa 4,000 euro, kad kredit, IC saya, jam cartier RM100,000+. 

"Tetapi saya gigihkan juga sebab demi nak menyiapkan muzik video Abang Nak Tegur. Hanya Allah saja yang tahu dugaan saya yang saya tak kongsikan,"


Sebelum ini, Dato' Seri Aliff Syukri ada memuat naik foto salinan laporan polis dengan kapsyen "Memori pahit yang akan dikenang".  - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.