Header Ads

"Datin Ni Tak Matanglah" - Diana Danielle Dikecam Netizen Cepat 'Sentap'




Menyampaikan perkara baik itu sememangnya bagus, tapi ada cara tertentu untuk menegur seseorang atau mengingatkannya. 

Di laman sosial media sekarang memang mudah untuk siapa sahaja meninggalkan komen untuk menasihati mahupun dengan niat menyindir seperti dilakukan kebanyakan 'ustaz jelmaan' yang sering menggunakan hashtag Donedakwah. 


Cuba tengok komen di akaun sosial media selebriti atau orang terkenal pasti ada individu yang tak semena-mena meninggalkan komen suruh solatlah, suruh baca al-Quranlah dan sebagainya. 

Baru-baru ini di Instagram Diana Danialle, seorang netizen meninggalkan komen "Baca al Quran... Apa Susah..".



Komen tersebut ditinggalkan pada sebuah gambar dimuat naik Diana yang memaparkan wajahnya tanpa secalit mekap selain tidak menggunakan filter kamera. 

Tidak dinafikan, walaupun tanpa solekan Diana Daniella sememangnya mempunyai kecantikan semula jadi dan masih lagi kelihatan berseri.


Posting tersebut dibanjiri komen positif daripada peminat, namun terselit juga komen yang memesan supaya Diana sebaiknya membaca Al-Quran. 

Bagus sebenarnya saranan individu terbabit, cumanya ia agak kurang sesuai dan berbunyi seolah-olah menyindir isteri kepada Farid Kamil itu. 

Mungkin 'sentap' dengan pesanan seperti itu, Diana memulangkan paku buah keras dengan menyuruh netizen berkenaan membaca al-Quran daripada bertandang ke laman instagramnya. 


Biasanya komen-komen seperti ini pasti ditinggalkan oleh akaun palsu bertujuan sengaja meraih perhatian orang ramai. Bukan tak boleh hendak menegur artis atau sesiapa sahaja, tetapi tegurlah dengan cara yang sopan dan berhemah, okey? 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.