Header Ads

"Dah Lama Ke Skandal Dengan Laki Aku?" - Wanita Sangka Suami Ada Skandal Lain, Tapi Akhirnya Dia Mendapat Kejutan Istimewa




Ketika ini banyak yang melakukan pekerjaan sampingan untuk menambahkan pendapatan. Salah satu pekerjaan yang semakin popular ialah servis surprise delivery. 

Baru-baru salah seorang daripada mereka telah berkongsikan kisah kelakar di mana kejutan yang dirancang menjadi satu kejutan yang lain. 

Perkongsian dari Yue Shariff mengatakan sebelum ini ada seorang lelaki ingin memberi kejutan pada isterinya dengan menempah sejambak bunga khas. 

Lelaki tersebut amat teruja untuk memberikan kejutan tersebut kerana hari jadi isterinya bakal tiba tidak lama lagi. Seperti peniaga lain, urusan jual beli hanyalah menggunakan Whatsapp kerana lebih mudah dan ringkas. 

"Kisah benar surprise delivery hari ini. Panjang sikit tapi tersangatlah surprise."

"Masa kita sibuk-sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tiba-tiba wife dia sendiri call kita!" 

Yue agak terkejut apabila mendapat panggilan dari isteri pelanggannya. Apabila Yue menjawab panggilan tersebut dia amat terkejut dengan kata-kata wanita itu. 

"Kau kenapa minta duit laki aku? Siap jumpa kat Mahkota bagai! Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku ni?" 

"Mentang-mentang laki aku polis, kau nak menggatal ek? Bla..bla..bla..Aku nak jumpa kau!"

"Okay dik, nak jumpa kat mana?"

"Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!" kata isteri suami berkenaan. Yue turut mengatakan wanita itu turut melemparkan kata-kata kest padanya. 

Setelah menerima pelawaan wanita tersebut, tanpa membuang masa dia bergegas berjumpa dengan wanita tersebut. 


"Sampai Jusco, kita call dia siap bawa bunga yang husband dia tempah. Dia bagitahu tempat dan pakai baju apa."

Wanita itu turut membawa dua hingga tiga orang kawannya seperti 'bodyguard' untuk memukulnya. Tanpa membuang masa, Yue berterus terang dengan wanita berkenaan tentang hal yang sebenar. 

"Puan ***, ini bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga inilah saya berhubung dengan suami puan tu. Jumpa pun sebab dia nak buat payment hari tu."

"Sekarang ini, bila sampai je bunga ini ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai. Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?"

Yue dengan lembut menerangkan dengan cara lembut kerana bimbang wanita tersebut tidak percaya padanya.  Wanita itu kemudiannya kelu membisu dan wajahnya merah padam kerana menahan malu. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.