Header Ads

Dah Kena Cekup, Empat Suspek Termasuk Wanita Direman Bantu Siasatan Kes Tikam Dan Gilis




Enam individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang ditikam, dilanggar dan digilis di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru.

Majistret, Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman seminggu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Rabu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 19 dan 22 tahun.

Empat lagi lelaki berusia 20-an turut ditahan awal pagi pada Khamis lalu di sekitar Bandaraya Johor Bahru bagi membantu siastan kes sama.


Pada Ahad, mangsa, Tan Aik Chai, 44 tahun dilaporkan diserang empat lelaki ketika dia bersama isterinya sedang mengisi angin pada tayar kenderaan di Stesen Minyak Taman Pelangi kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut laporan The Star, mangsa kemungkinan menjadi buruan beberapa pembunuh upahan keran terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. 

Media bahasa Cina juga mendakwa harga yang ditawarkan antara RM23,888 hinnga RM32,888 bagi sesiapa yang berjaya menangkap mangsa. 

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam tepat di bahagian jantung sebelum digilis kereta mewah jenis BMW yang dipandu suspek. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.