Header Ads

"Boleh Pulak Dia Lalu Belakang Tu" - Video Nyanyi Lagu Pengabdi Setan Akhirnya Muncul Entiti Lain




Siapa dah tonton filem Pengabdi Setan? Semua tahu bukan filem tu seram ya amat. Malah lagu OST filem tersebut Kelam Malam jika didengar pasti membuatkan bulu roma meremang.

Terbaru viral sebuah video yang dimuat naik oleh Naiem Daniel yang sangat aktif membuat cover lagu di akaun Instagramnya.

Dalam video itu Naiem sedang menyanyikan lagu OST Pengabdi Setan. Bagi yang sudah menonton filem tersebut pasti tahu yang lagu tersebut dinyanyikan oleh karakter ibu untuk menyeru sesuatu.

Namun apa yang mengejutkan dalam video yang berdurasi 30 saat itu adalah kehadiran kelibat yang melintas di belakang Naiem ketika dia sedang menyanyikan lagu tersebut.

Menurut Naiem, dia tidak menyedari kehadiran entiti itu sehinggalah beliau membaca komen para netizen yang mendakwa beliau bukan keseorangan dalam video itu.

Boleh lihat detik-detik yang menyeramkan itu dibawah. 


Bagaimana? Nampak tak tetamu yang tak diundang tu? Video itu mendapat pelbagai reaksi dari para netizen, ada yang terkejut dan ada yang cakap ia sengaja dibuat-buat.

Fuh! Meremang bulu roma. Berani sungguh Naiem ni nyanyi lagu seram dalam keadaan gelap.

Jadi lepas ni berhati-hatilah pada sesiapa yang nak buat menyanyi lagu-lagu seram. Jangan sampai makhluk menyeramkan begini ikut 'berduet' sekali. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.