Header Ads

"Bila Stress Isteri Dah Lepas Paras Bahaya...Suami Kena Jaga-Jaga" - Wanita Ini Beri Tips Untuk Si Suami Fahami Isteri




Kehidupan suami isteri memang tidak lekang dari pertengkaran. Namun janganlah bertengkar sehingga akhirnya tidak bercakap beberapa hari atau paling teruk boleh mendatangkan kecederaan kepada pasangan masing-masing. 

Sebab itulah setiap pasangan harus ada sifat toleransi dan bertolak ansur. Perkongsian dari Puan Safura ini boleh dijadikan panduan untuk si suami supaya dapat memahami keadaan si isteri yang tidak mahu mendengar alasan ataupun penjelasan ketika sedang stress atau maah. 

"Jangan Beri Alasan Tetapi Tunjukkan Empati" 


Bila stress isteri sudah melepasi paras hidung atau paras bahaya, dia akan kelihatan sangat mementingkan diri, berkira, mengungkit dan sebagainya. Suami dilihat tidak berguna, langsung tiada kebaikan dan pukulrata tak pernah ada kebaikan.

Jika isteri masih sedia bertengkar mulut ataupun tengkar wasep, bererti dia masih mahu berkomunikasi.

Jangan explain atau bagi alasan kenapa dia tak boleh berperasaan begitu begini, bila dia mengungkit satu2 kejadian yang berbaur menyalahkan anda, tak perlu menjelaskan kenapa anda buat begitu begini.. ia tidak berkesan pada aras ini.

Wanita yg sedang marah perlu 'validation', 'acknowledgement' terhadap apa yang dirasa. Memberi penjelasan sama seperti anda menafikan apa yg dirasa.

Follow the flow. Empati, ungkapkan pemahaman anda terhadap perasaannya, diselangseli dengan pemahaman anda terhadap apa yang dimaksudkan.

'saya faham awak marah'
'saya sedar awak tak suka dengan apa yg telah saya lakukan'
'saya tahu awak mahu yang terbaik'
'saya dapat rasakan kekecewaan awak'

Basically, wanita suka dirinya difahami. Sesiapa yang terperangkap dengan krisis cubalah tips ini. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.