Header Ads

Bengang Dikecam Dan Difitnah Bertubi-tubi, Chef Wan Nekad Buat Laporan Polis




Chef Wan yang terkenal dengan kelantangannya telah difitnah oleh sebuah artikel yang disiarkan oleh Malaysia Chronicle sehingga merosakkan nama baiknya.

Artikel tersebut yang memuat naik tajuk ‘All I Want For Christmas Is A New PM’ dengan gambar Chef Wan yang menunjukkan isyarat kurang sopan.

Akibat berang dengan artikel tersebut yang memutar belitkan kenyataannya, dia telah membuat laporan di Balai Polis Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Chef selebbriti ini telah meluahkan rasa marahnya  dengan menyatakan bahawa pihak blogger tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian kerana mengetahui berita sebegini disukai ramai.


"Kita yang berkata benar dan menasihatkan yang baik-baik pula disalahertikan mahupun difitnah," tegasnya lagi dalam Instagram.

Dia dikatakan telah menceritakan pengalamannya yang menolak permintaan pihak kerajaan dan pembangkang untuk berkempen pada PRU akan datang sebagai langkah untuk ‘tidak dipergunakan’ oleh kedua-dua parti politik.

Dalam artikel tersebut dia juga telah memetik nama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh seseorang yang disanjung tinggi dulu kini telah dibenci oleh parti politik yang sama.


Artikel tersebut seakan menunjukkan semua kenyataan tersebut adalah permintaan daripada Chef Wan sendiri yang mahu perdana menteri baru dan memarahi Datuk Seri Najib Razak.

Laman sesawang itu tidak lagi boleh diakses kerana kandungannya telah melanggar undang-undang di Malaysia. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.