Header Ads

Anak Kandung Perdaya Bapa Sendiri, Rampas Hak Milik Aset RM4 Juta Ketika Sakit




Tindakan 7 anak kandung warga emas ini boleh dikatakan sebagai si tanggang moden! Mereka sanggunp mengambil aset bapa mereka sendiri dan kemudian menyisihkannya ketika memerlukan perhatian dan jagaan. 

Hati orang tua mana yang tak luluh apabila diperlakukan seperti anjing kurap oleh anak kandung sendiri yang ditatang seperti minyak yang penuh sejak dari kecil namun bila sudah besar diperlakukan sebegini rupa. 

Memetik laporan Astro Awani, Daut@Md Kassim Jali, 83 telah diperdaya dan dianiaya oleh anak sendiri untuk mendapatkan harta dan asetnya yang bernilai lebih RM4 juta. 

Sebelum hartanya dirampas, Daut memiliki tiga buah stesen minyak, ladang ternakam ayam seluas 10 ekar dan dua buah ladang tanaman sawit. 


Dia mempercayai anak-anaknya untuk mengusahakan perniagaan tersebut untuk meneruskan legasi yang diusahakannya sejak tahun 70-an lagi. 

Namun sekitar 2013, Daut diserang angin ahmar. Dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, salah seorang anaknya telah mengambil kesempatan dan memperdaya Daut untuk menukar segala hak milik pegangan saham syarikat ladang ternakan ayam kepada namanya. 

Tidak cukup itu, anaknya turut mengambil sebuah rumah bernilai RM600,000 di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000 serta akaun simpanan semasa syarikat berjumlah RM100,000 yang kesemuanya bernilai RM1.5 juta telah beralih tangan. 

"Saya tak mahu soal apa yang telah diberikan kepada anak-anak selama ini, cuma rasa kecewa balasan mereka kepada saya" kata Daut. 

Setelah segala asetnya dirampas, Daut telah dipinggir oleh anak kandung mereka dan terpaksa menyara kehidupan dan rawatan kesihatan bersendirian tanpa pertolongan anak-anaknya. 

"Saya kesal kerana mereka pinggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak bagi, bagaimana saya hendak menyara kehidupan sedangkan saya amat perlukan kos rawatan untuk kesihatan saya"


Dia turut menceritakan bagaimana salah seorang anak perempuannya yang menguruskan stesen minyak miliknya mengherdik serta menghalaunya semasa Daut ingin meminta minyak percuma ketika keretanya kehabisan minyak. 

Mengikut sumber Utusan, Daut kini menumpang kasih dengan isteri kedua beserta anak tirinya yang lebih bertanggungjawab menjaganya yang telah uzur. 

Daut juga pernah membawa kes tersebut ke mahkamah pada 2014 dan mahkamah telah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam diberikan semula kepada warga emas itu. Namun, anak-anaknya merampas kembali satu-satu sumbe pendapatan hariannya. 

Daut kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 dari anaknya serta hasil perniagaan ladang ayam, hasil pendapatan kelapa sawit seta hasil jualan rumah di Kuala Lumpur. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.