Header Ads

"Aku Dah Menangis, Merayu Time Diorang Cuba Pecah Pintu Nak Masuk"




2016 hampir tiba ke penghujung dan ramai yang mengambil peluang cuti panjang dan menghabiskan baki cuti yang masih ada untuk pergi melancong bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Namun, ketika musim inilah ada segelintir individu mengambil kesempatan untuk memecah masuk rumah. Viral di Twitter perkongsian seorang gadis mengenai kes pecah rumah yang berlaku pada rakannya di Pagoh, Johor. 


"Kenapa gadis-gadis yang selalu duduk di rumah seorang diri, berhati-hati dan pastikan pintu rumah dikunci. Malang tak berbau dan kalau boleh, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling rumah kita. 

"Kejadian ini baru saja terjadi pada kawan kami tadi. Semoga Allah melindungi kita,"

Menurut Wiwin, rakannya ketika itu berseorangan di dalam rumah dan terdengar bunyi seseorang memecah masuk ke dalam rumah. 




Rakannya itu kemudian menghubungi ibunya mengenai perkara tersebut. Bimbang dengan keselamatan anaknya itu, si ibu melaporkan kejadian tersebut kepada polis. 

Tambahnya lagi, dua lelaki warga asing bertindak menendang pintu bilik berhampiran dapur namun gagal untuk membukanya. 

Suspek yang terdengar mangsa sedang menangis teresak-esak ketakutan kemudian menjerit memaksa mangsa untuk membuka pintu tersebut. Namun, mangsa tidak mempedulikan permintaan suspek. 




Suspek yang berang permintaan mereka diendahkan, suspek mengambil tong gas dan cuba memecahkan tombol pintu. Namun, mangsa bernasib baik ketika itu piihak polis dan ibunya tiba di rumah. 

Terkejut dengan kehadiran pihak polis, suspek cuba melarikan diri namun kedua warga asing itu berjaya dicekup oleh polis. 

Penjenayah sekarang akan ambil kesempatan sekiranya kita tidak berhati-hati. Oleh itu, sentiasa pastikan tingkap dan pintu rumah dikunci untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.