Header Ads

Akhirnya Spekulasi Kisah Penceraian Mimi Fly Telah Pun Terjawab.




Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dapat merasainya apabila ada juga pasangan yang terpaksa berpisah dipertengahan jalan.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi One Nation Emcees, Mimi Fly apabila dia disahkan bercerai bersama suaminya, Firdaus Hajar baru-baru ini. Lantaran itu, Mimi meminta supaya tiada pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga kedua belah pihak.

Walaupun dia dan bekas suami tidak terkesan dengan segala tuduhan dilemparkan terhadap mereka namun ia telah melukakan hati keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.

Tuhan sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar.

Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami."

Mimi turut memberitahu bahawa hubungannya kini dengan Firdaus kekal baik walaupun sudah bercerai. Dia juga menyifatkan lelaki itu teman sejatinya.


"Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati Mimi semenjak umur Mimi 13 tahun.

Jangan sesekali berfikiran anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang sudah kami jernihkan bersama,” katanya.

Buat Fidi, saya doakan yang terbaik buat anda kerana sejujurnya anda berhak mendapatkannya.

Saya sayangkan anda dan saya berharap anda akan menjadi lelaki yang anda janji kepada saya. Salam sayang."

Salam semua. Bagi menjawab segala soalan yang beribu di message whatsapp phone call dan sosial media. Memang benar perkahwinan mimi tak berjaya bertahan. Pada bulan ini..mimi dan suami dah bercerai. Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi mimi harap tiada yang cuba utk menokok tambah cerita hanya kerana bukti2 yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami. Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati mimi semenjak umur mimi 13tahun. Jangan sekali2 berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 buat fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly...you deserve em all. You are still indeed one of the best person I’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love.
A post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on

Sumber: Mimi Fly

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.