Header Ads

Ahli Perniagaan Jalani Rawatan Untuk Pulih Pukau, Bomoh 'Ketuk' Sampai RM900K




Kerana terlalu percayakan 'bomoh', ahli perniagaan diperdaya hingga kerugian RM900,000. Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu kononnya menjalani rawatan memulihkan pukau di Padawan, sejak penghujung November lalu.

Pada awalnya, mangsa dihampiri dua lelaki, mendakwa dia dipukau beberapa individu termasuk isterinya. Bimbang dan ketakutan, mangsa bersedia menurut segala permintaan lelaki terbabit yang mendakwa dia mampu merawatnya.

Menurut mangsa, bomoh itu mendakwa kononnya dia akan berdepan pelbagai musibah sekiranya tidak dirawat segera. Tanpa disedari, mangsa sebenarnya sudah dipukau suspek yang meminta bayaran tunai secara berperingkat hingga mencecah RM900,000.

Walaupun sudah berhabis ratusan ribu ringgit hasil penjualan aset seperti kenderaan, tanah dan rumah, tiada sebarang perubahan dirasakan mangsa hingga akhirnya dia sedar dirinya sudah tertipu dan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

"Mangsa yakin dia hanya digunakan untuk mendapatkan wang mudah dengan pelbagai alasan sehingga sanggup mengancam nyawanya dan isteri jika permintaan suspek tidak diendahkan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Berdasarkan maklumat, suspek sudah dikenal pasti dan polis dalam usaha menahan mereka dalam masa terdekat. "Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu," katanya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.