Header Ads

'Selagi Tak Mandi Tak Boleh Guna!" - Mufti Bidas Amalan Khurafat Ini Yang Buatkan Ramai Netizen Terkejut




Bacaan surah Yasin dan solat hajat selalunya dilakukan untuk melancarkan sesuatu majlis atau memohon untuk diberikan kemudahan apabila menjalanan sesuatu perkara. 

Amalan tersebut biasanya sudah menjadi kebiasan bagi mereka yang beragama Islam. Namun terdapat segelintir individu yang terlalu berharap sehingga menyebabkan penyelewangan akidah. 

Memetik sumber Sinar Harian, terdapat beberapa individu di laman Facebook telah berkongsi amalan mereka 'mencuci' kereta atau motor yang baru dibeli dengan air bacaan Yasin atau air dari solat hajat. 

Tindakan itu kononnya boleh mengelakkan dari perkara buruk menimpa pemilik kenderaan seperti kemalangan atau kecurian kepada kenderaaan itu. 

Seorang netizen mengakui setiap kali suaminya membeli motor atau kereta baru memang mereka akan memandikan kenderaan mereka dengan air solat hajat. "Lepas mandikan jangan basuh kereta atau motor tu selama tiga hari untuk mengelakkan benda yang tak diingini. 

"Betul, saya pun pernah buat. InsyaAllah dilindungi dari benda-benda tak diingini," kata seorang lagi netizen yang menyokong amalan tersebut. 

Amalan itu dikongsikan oleh netizen sebagai maklum balas selepas seorang pelakon yang ditimpa kemalangan baru-baru ini. 


Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan pula tampil dengan kenyataan ini untuk menjelaskan tindakan segelintir individu tersebut. 

"Solat hajat dan baca surah Yasin memang perbuatan yang elok, tapi apabila airnya pula dibuat mandi kenderaan, haiwan atau sebagainya itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng."

"Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu dah tak betul dan khurafat" katanya lagi. 

Datuk Mohd Yusof Ahmad turut menasihatkan agar mereka yang mempraktikkan amalan seperti ini agar merujuk terlebih dahulu golongan ulama atau orang yang betul-betul faham hal berkaitan agama sebelum melakukan sesuatu perkara. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.