Header Ads

"Tunggu Kawan Balik Hostel, Rupanya Kawan Dah Balik Ke Rahmatullah"




Zaman kolej mungkin antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan. Lebih-lebih lagi jika rakan tersebut ada bersama-sama ketika susah mahupun senang. 

Malah, ada segelintir yang menganggap rakan baik seperti  ahli keluarga sendiri. Namun, takdir tuhan tiada siapa yang boleh menduga. 

Kisah yang dikongsi oleh netizen ini amat meruntun jiwa.  Lama menunggu rakan untuk pulang ke asrama namun kelibat rakannya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya rakannya terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya. 


Menerusi kisah yang menjadi viral di media sosial, arwah  dan sahabat bernama Kim merupakan housemate dan roomate yang sangat rapat.

Mereka berdua mengambil jurusan Nursing di salah sebuah institusi di Bukit Merah,Perak. Menerusi gambar yang dimuat naik, Kim sedang menantikan kawannyauntuk pulang ke hostel. 



Rakannya itu dipercayai meninggal selepas terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan yang memandu ikut lorong kecemasan dan memberhentikan kenderaan secara mengejut mengakibatkan mangsa tidak sempat untuk mengelak. 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat.


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.