Header Ads

Suami Balas Mesej 'I Love You' Kepada Kekasih Depan Isteri Kena Tikam




Kadangkala perkahwinan yang dibina mungkin berakhir namun ianya tidak bermakna bahawa pasangan tersebut tidak boleh mengekalkan hubungan yang baik asalkan saling hormat menghormati antara satu sama lain. 

Namun, bagi pasangan ini yang sedang dalam proses untuk bercerai, suaminya langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap isterinya dan memainkan pesanan suara yang dihantar oleh kekasih gelap suaminya itu. 

Kekasih lelaki itu tanpa segan silu mengucapkan perkataan 'I love you' yang mengakibatkan isteri lelaki berkenaan berang dan bertindak menikam suaminya sendiri. 

Memetik laporan The Star, Nur Fairuzana Ahmad yang berumur 30 tahun berada di dalam bilik bersama suaminya, Muhammad Yasser Abdul Shukor ketika kejadian tersebut berlaku. Ketika menerima pesanan suara tersebut, suaminya turut membalas perasaan cinta kekasih barunya itu di depan isterinya. 

Nur Fairuzana nyata bengang dengan tindakan suaminya itu sehingga wanita itu merampas telefon suaminya. Selepas pergelutan kecil di antara mereka, Yasser bertindak menolak isterinya ke atas katil. 

Masih tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya itu, Fairuzana keluar dari bilik mereka dan kembali semula bersama sebilah pisau sambil menjerit ke arah suaminya itu. 

Tanpa berfikir panjang, wanita itu menikam suaminya di bahagian dada tetapi Yasser berjaya melawan kembali dan merentap tangan Fairuzana sehingga pisau yang dipegangnya jatuh ke lantai.

Walaupun cedera, Yasser berjaya membuang pisau tersebut ke luar sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Isteri Yasser kemudian ditahan polis. 

Menurut Yasser, hubungan mereka menjadi rapuh selepas dia meluahkan hasrat untuk berkahwin dua selepas bertemu dengan seorang gadis ketika di Filipina. Isterinya enggan memberikan keizinan untuk suaminya berkahwin dua. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.