Header Ads

Shahir AF Akui Ingin Jadikan Erra Fazira Sebagai Isterinya.



Penyanyi Shahir AF kini namanya di kontoversikan dengan pramugari baru-baru ini.Ramai peminat mula mempersoalkan cinta Shahir AF terhadap kekasihnya,Erra Fazira selepas beberapa keping gambar beliau bersama dengan seorang pramugari yang menjadi perhatian orang.

Bagaimanapun dia memberi penjelasan tentang hubungan beliau dengan gadis Mona Syamimi tidak lebih dari sekadar seorang selebriti dan peminatnya.

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya”

“Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang,” ujar Shahir AF kepada Berita Harian.

Nampaknya, kita akan melihat pasangan ini naik pelamin dan sekaligus menamatkan tanda tanya tetntang hubungan mereka.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.