Header Ads

Mona Syamimi Kekasih Baru Syahir? Ini Pesanan Mona Kepada Semua Peminat




Nama Shahir yang dulunya tenggelam timbul dalam dunia hiburan kini kembali menyinar semula selepas terlibat dalam rancangan AF Megastar.  Dan ramai mengetahui Shahir memang sering hangat diperkatakan mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Erra Fazira. 

Ramai peminat yang mendoakan agar mereka berdua cepat disatukan namun sekarang macam semuanya tinggal kenangan je? Semuanya disebabkan beberapa gambar seorang wanita yang didakwa sebagai kekasih Shahir tersebar baru-baru ini.

Boleh tahan cantiknya, dan menurut sumber Beautifulnara.com, wanita ini dikenali dengan nama Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Kalau tengok 'update' yang dimuat naik di laman Facebooknya memang banyak gambar-gambar Shahir. Takkan pelanduk dua serupa pula kan? Kalau tengok gaya dan cara penulisan, mungkin wanita ini berasal dari Pantai Timur.


Namun memetik laporan dari Mstar Online, gadis yang bekerja sebagai pramugari ini mendakwa hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan. 

Menurut Mona, dia mula mengenali Shahir menerusi laman Instagram dan hanya rapat sejak sebulan lalu. Dia mengakui kerap keluar bersama Shahir. 

"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar,"


Walau bagaimanapun, gadis itu enggan mengulas lanjut hubungan mereka tetapi meminta Shahir supaya bercerita sendiri mengenai status hubungan mereka. 

Kalau benar dia adalah kekasih Shahir pun apa salahnya. Semoga berbahagia dan cepat-cepat naik pelamin ya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.