Header Ads

Lelaki Berkopiah Tegur Pemandu Buang Sampah Merata Dapat Perhatian Netizen




Sering kita lihat ada segolongan individu yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya membuang sampah dari kereta samada dalam keadaan memandu mahupun ketika berhenti di lampu isyarat. 

Ketika kejadian berlaku. jarang sekali ada orang berani tampil memberi teguran atau kesedaran kepada kutu sampah terbabit mengenai perbuatan tersebut yang tidak wajar dilakukan dalam usaha memastikan kebersihan persekitaran. 

Namun memetik laporan mStar, baru-baru ini tular di media sosial rakaman tentang seorang lelaki berkopiah yang dilihat menegur seorang pemandu yang dipercayai bertindak membuang botol minuman di luar kenderaannya.

Usaha murni pemuda tersebut yang dikenali sebagai Subki Shaari itu dirakamkan dan dimuat naik di media sosial oleh seseorang yang berada di lokasi tersebut sehingga menjadi popular dan menerima pujian di kalangan netizen. 


"Bagus, bagus... penuh beradab...orang tu pun tak jadi nak melawan, mesti beliau malu."

"Terbaik...macam ni la kita nak pupuk dalam budaya kita...sama-sama memperingati antara satu sama lain."

Manakala, seorang lagi pengguna, Hisyam Ibrahim meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemandu yang masih tidak berubah biarpun negara semakin hampir dengan tahun 2020.

"Negara dah nak masuk tahun 2020 dah. Tapi ada lagi rakyat Malaysia buang sampah dari tingkap kereta! Macam mana kita nak maju? Jika rakyatnya terus begini," tulisnya.

Setakat ini, video berdurasi 16 saat itu yang mula dikongsikan oleh pengguna Facebook, 'Beh Misbah' sudah ditonton lebih 174,000 kali dan menerima 694 perkongsian.


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.