Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Cedera Parah Digigit Anjing




Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan parah digigit anjing didepan sebuah rumah kedai di Taman Banang Height, Batu Pahat. 

Mangsa yang berusia 2 tahun, Ainin Syuhadah Syahrul Nizam parah di kepala dalam kejadian yang melibatkan ibu, kakak dan bapa saudaranyan ketika sedang menaiki motosikal. 



Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, motosikal yang ditunggangi mereka dipercayai terbabas akibat cuba mengelak lori yang sedang memunggah barang. 

Kemudian, motosikal mereka merempuh pintu kedai dan anjing yang dirantai didepan premis berkenaan terus menerkam mangsa.

Video tersebut juga menunjukkan orang ramai cuba untuk membantu melepaskan kanak-kanak yang dibaham anjing tersebut. 

Ibu dan kakak mangsa serta bapa saudara dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.